hd-edit-latest-copy

22
Mar 16

 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 

NC edit

 

 

Y.BHG PROF.DATO' SERI DR. MOHAMED MUSTAFA B. ISHAK

 

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya merakamkan rasa syukur di atas pelancaran laman web rasmi Pusat Islam Universiti Utara Malaysia ini. Di sini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Islam yang telah berusaha untuk membangunkan laman webnya sendiri. Ini merupakan satu usaha yang amat baik ke arah mempertingkatkan lagi pengurusan dan hubungan yang lebih berkesan di antara Pusat Islam dengan pemegang taruhnya (stake holder) yang terdiri daripada warga kampus dan juga masyarakat luar.

Dalam era globalisasi, penggunaan teknologi dan internet ternyata mampu meningkatkan lagi ruang komunikasi serta kecekapan perkhidmatan yang diperlukan. Sehubungan itu, kewujudan laman web ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada warga kampus dan masyarakat seluruhnya untuk mengenali Pusat Islam Universiti Utara Malaysia dengan lebih dekat dan mesra, dan menjadi salah satu wadah dan saluran penyebaran maklumat yang lebih mudah, pantas dan tepat untuk rujukan kepada semua golongan.

Akhir kata, saya mengajak pengunjung dan pengguna laman web ini agar dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada, serta berkongsi pandangan dan maklumbalas untuk sama-sama mempertingkatkan lagi perkhidmatan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia sehingga dapat merealisasikan semua objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan, dan memenuhi harapan semua lapisan masyarakat.